SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA (SMAAT)

PENGUMUMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 2017

7-10 OGOS 2017.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

10-25 OGOS 2017. HARAP MAKLUM

27 August 2015

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK JASIN 2015

Pada 28 Ogos 2015, bertempat di Dataran SMK Jasin, Bidang Kemanusiaan SMK Jasin telah menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Jasin. Sambutan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu SMK Jasin. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua SMK Jasin, Tuan Haji Baharudin Husin. Kemuncak acara sambutan adalah Pelancaran Gimik Perasmian yang merupakan sebuah sketsa berkenaan detik-detik Pengisytiharan Kemerdekaan. Sketsa ini dijayakan oleh para pelajar Tingkatan 4. Seterusnya, persembahan diteruskan dengan deklamasi sajak juga daripada pelajar Tingkatan 4. Tuan Pengetua juga tidak ketinggalan dalam mendeklamasikan sajak. Penutup acara adalah nyanyian lagu tema Sehati Sejiwa dan lagu-lagu kemerdekaan. Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada semua yang terlibat!







































Deklamasi Sajak oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Baharudin bin Husin. Terbaik!