SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA (SMAAT)

PENGUMUMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 2017

7-10 OGOS 2017.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

10-25 OGOS 2017. HARAP MAKLUM

31 March 2018

LAWATAN KE MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA & KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR.


1.     TAJUK      : Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

2.     TARIKH    : 29 Mac 2018

3.     HARI         : Khamis

4.     TEMPAT   : Muzium Kesenian Islam Malaysia & Kompleks Kraf Kuala Lumpur

5.     ANJURAN :

Kelab Fotografi & Pelancongan Dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam

6.     PENGENDALI PROGRAM          :
Para pelajar dan guru-guru penasihat Kelab Fotografi & Pelancongan serta guru Panitia Pendidikan Islam.

7.     MATLAMAT         :
Lawatan sambal belajar ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Kelab Fotografi & Pelancongan bagi menarik lebih minat para ahli kelab dalam bidang fotografi serta pelancongan. Bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan jika diaplikasikan dengan sebaiknya.  Dengan adanya pengalaman secara realiti, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat dibuktikan dan pengetahuan yang dimilki itu bukan sekadar diperolehi melalui pembacaan, media dan sumber-sumber ilmu yang lain. Justeru, penglibatan dalam program ini akan mampu meningkatkan pengalaman dan percambahan ilmu akan berlaku berdasarkan kepada falasafah pendidikan serta mampu untuk menjana modal insan yang seimbang. Di samping itu, para pelajar juga didedahkan dengan operasi khidmat masyarakat dan seterusnya mampu memberi bakti kembali kepada masyarakat dan alam sekitar.
.

8.     OBJEKTIF            :
Di akhir program ini peserta akan:
8.1  Didedahkan pengalaman berkenaan Kesenian Islam dan Kesenian Malaysia.
8.2  Membentuk murid yang berpengetahuan dan mempunyai jati diri.
8.3  Meningkatkan disiplin diri dan murid yang memiliki sahsiah terpuji serta cintakan alam sekitar melalui aktiviti khidmat masyarakat
8.4  Membentuk sifat ingin membantu dan berbakti kepada masyarakat terutama pada mereka yang lebih memerlukan.


9.     ATURCARA PROGRAM            

8.00 Pagi
·       Bergerak ke Kuala Lumpur

11.00 Pagi
·       Tiba di Muzium Kesenian Islam Malaysia
·       Taklimat oleh Pegawai Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia
·       Aktiviti lawatan sekitar Muzium Kesenian Islam Malaysia.

1.00 Tengahari
·       Bergerak ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur
·       Taklimat oleh Pegawai Perhubungan Awam Kompleks Kraf Kuala Lumpur
·       Lawatan sekitar Karnival Kraf Kuala Lumpur.

4.00 Petang
·       Bertolak pulang ke SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa













LAWATAN PENANDA ARAS PENGETUA KE SMK SERI PERLING, JOHOR.

Lawatan Penanda Aras Pengetua Ke SMK Seri Perling, Johor dimana pengetuanya merupakan Pengetua Cemerlang Jusa C.










KEM LONJAKAN AKADEMIK MATEMATIK TAMBAHAN

Kem Lonjakan Akademik Matematik Tambahan merupakan kolaborasi akademik diantara SMK Tan Sri Haji Abdul Tapa dan SMK Nyalas yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam di Kem MSN Asahan. Tahniah kepada semua yang terlibat!







Majlis Perasmian Kem Lonjakan Akademik (KLA) Matematik Tambahan


Kolaborasi Akademik (Bahasa Melayu & Sejarah) melibatkan SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa, SMK Nyalas, SMK Simpang Bengkoh & SMK Bemban telah diadakan pada 29 Mac 2018 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tahniah kepada semua yang terlibat!









MAJLIS PENYAMPAI SLIP KEPUTUSAN SPM 2017

Tahniah kepada semua guru dan pelajar SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa atas peningkatan yang memberansangkan dalam SPM 2017. Secara keseluruhannya, semua subjek menunjukkan peningkatan. GPS Sekolah bagi SPM 2017 adalah 5.91 dan seorang pelajar SMAAT, Nur Farhana binti Shaik Alawdeen telah memperoleh A dalam semua matapelajaran. Tahniah!

















Tahniah Farhana dan Cikgu Shaik (Bekas guru di SMAAT dan kini merupakan Guru Kanan Matapelajaran Sains & Matematik di SMK Nyalas. Tahniah!)