1. TAJUK : Lawatan
Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur
2. TARIKH : 29 Mac 2018
3. HARI : Khamis
4. TEMPAT : Muzium
Kesenian Islam Malaysia & Kompleks Kraf Kuala Lumpur
5. ANJURAN :
Kelab Fotografi & Pelancongan Dengan Kerjasama
Panitia Pendidikan Islam
6. PENGENDALI PROGRAM :
Para pelajar dan
guru-guru penasihat Kelab Fotografi & Pelancongan serta guru Panitia
Pendidikan Islam.
7. MATLAMAT :
Lawatan sambal
belajar ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Kelab Fotografi
& Pelancongan bagi menarik lebih minat para ahli kelab dalam bidang
fotografi serta pelancongan. Bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan jika
diaplikasikan dengan sebaiknya. Dengan
adanya pengalaman secara realiti, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat
dibuktikan dan pengetahuan yang dimilki itu bukan sekadar diperolehi melalui
pembacaan, media dan sumber-sumber ilmu yang lain. Justeru, penglibatan dalam
program ini akan mampu meningkatkan pengalaman dan percambahan ilmu akan
berlaku berdasarkan kepada falasafah pendidikan serta mampu untuk menjana modal
insan yang seimbang. Di samping itu, para pelajar juga didedahkan dengan
operasi khidmat masyarakat dan seterusnya mampu memberi bakti kembali kepada
masyarakat dan alam sekitar.
.
8. OBJEKTIF :
Di akhir program
ini peserta akan:
8.1 Didedahkan
pengalaman berkenaan Kesenian Islam dan Kesenian Malaysia.
8.2 Membentuk
murid yang berpengetahuan dan mempunyai jati diri.
8.3 Meningkatkan
disiplin diri dan murid yang memiliki sahsiah terpuji serta cintakan alam
sekitar melalui aktiviti khidmat masyarakat
8.4 Membentuk
sifat ingin membantu dan berbakti kepada masyarakat terutama pada mereka yang
lebih memerlukan.
9. ATURCARA PROGRAM
8.00 Pagi
·
Bergerak
ke Kuala Lumpur
11.00 Pagi
·
Tiba
di Muzium Kesenian Islam Malaysia
·
Taklimat
oleh Pegawai Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia
·
Aktiviti
lawatan sekitar Muzium Kesenian Islam Malaysia.
1.00 Tengahari
·
Bergerak
ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur
·
Taklimat
oleh Pegawai Perhubungan Awam Kompleks Kraf Kuala Lumpur
·
Lawatan
sekitar Karnival Kraf Kuala Lumpur.
4.00 Petang
·
Bertolak
pulang ke SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
No comments:
Post a Comment