Pada 1 Mac 2015 (Ahad), Warga SMK Jasin seramai 83 orang yang merangkumi para guru, anggota pelaksana dan AJK PIBG SMK Jasin, telah melawat SMK Medini, Nusajaya, Johor dibawah pelaksanaan program Lawatan Penanda Aras. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat suasana sekolah, infrastruktur serta PdP di SMK Medini yang merupakan sebuah Sekolah Amanah dan juga diiktiraf sebagai Sekolah Alaf Ke 21. Para peserta telah diberi taklimat di dewan dan seterusnya merasai sendiri pengalaman serta suasana belajar di dalam kelas yang dikendalikan oleh Puan Azian, Guru Kanan Bahasa. Para peserta seterusnya dibawa melawat sekitar SMK Medini oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Medini.
Berikut merupakan perkongsian sewaktu di SMK Medini :
- Satu waktu PdP adalah 1 jam.
- Ada guru yang membantu rakan guru yang lain (Konsep SISC)
- "Learning Walk" adalah program pemantauan 10 minit oleh pentadbir untuk melihat pengurusan kelas
- Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan di papan putih oleh guru sebelum PdP berjalan.
- Paparan hasil kerja murid disetiap sudut kelas dan akan dikritik oleh guru & rakan murid yang lain (gallery Walk)
- Papan putih, kertas mahjong dan peralatan menulis disediakan di atas meja murid.
- "The Quiet Signal" menunjukkan tanda senyap secara mengangkat tangan.
- RPH & RPT ditambah dengan ruangan bagi Hots, Moral Value dan hubungan dengan subjek lain.
- Anugerah bintang (Reward) kepada murid oleh guru terhadap setiap tindak laku positif murid.
- Kedudukan dalam kelas, 4 orang murid dalam satu kumpulan (Go For, Time keeper, Recorder & Reporter)
- Setiap kelas disediakan 'Traffic Light' diakhir PdP guru untuk tentukan tahap pemahaman pelajar.
- "Parking Lot" disediakan disetiap kelas untuk murid sampai soalan/pesanan kepada guru.
- "Code Of Conduct" untuk akujanji guru dan murid di setiap kelas.
- Istilah/Vocabulary disediakan di dalam kelas.
- Maklumat PdP berada diatas meja murid.
- Etika Tandas : Murid tidak dibenarkan ke tandas sewaktu PdP. Hanya dibenarkan ke tandas sewaktu rehat dan jam 12.00 tengahari hingga 12.10 tengahari.
- 'Locker' untuk murid disediakan dengan kadar bayaran RM 15 setahun.
- Peta I Think disediakan di dalam kelas.
- Waktu PdP tamat pada pukul 2.20 petang dan setiap minggu dilaksanakan perbincangan tentang kaedah PdP terbaik untuk disampaikan kepada pelajar.
Lawatan tamat pada pukul 2.30 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak SMK Medini atas kesudian menerima kunjungan Warga SMK Jasin. Tahniah dan terima kasih!
Smk medini sekolah asrama ke?
ReplyDeleteSmk medini sekolah asrama ke?
ReplyDelete