SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA (SMAAT)

PENGUMUMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 2017

7-10 OGOS 2017.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

10-25 OGOS 2017. HARAP MAKLUM

10 October 2015

MAJLIS GRADUASI SMK JASIN KALI PERTAMA - [PART 1 - DEWAN]

                

  1. Pertama kali dianjurkan sejak penubuhannya pada tahun 1967.   
  2. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar dengan semua ‘graduan’ bersama-sama dengan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Jasin, Tuan Abu Bakar  bin Alim, Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Yusof bin Ahmat, Pengetua SMK Jasin, Tuan Haji Baharudin bin Husin dan semua Guru Penolong Kanan termasuk juga dengan semua Guru Kanan Matapelajaran.
  3. Upacara seterusnya adalah pemeriksaan perbarisan daripada Kadet         Polis SMK Jasin oleh Tuan PPD sebelum semua tetamu dan para           graduan berarak masuk ke dalam dewan diiringi dengan pembawa alat         kebesaran iaitu keris sebagai simbolik istiadat
  4. Acara seterusnya adalah Pengisytiharan Istiadat Graduasi oleh Guru       Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran, Puan Normah binti Hamzah.
  5. Seterusnya, ucapan oleh Tuan Pengetua SMK Jasin, Tuan Haji Baharudin bin Husin kemudiannya diikuti ucapan perasmian oleh Tuan PPD Jasin, Tuan Abu Bakar bin Alim.
  6. Upacara seterusnya adalah penyampaian sijil graduasi oleh Tuan PPD     Jasin. Seramai 97 pelajar Tingkatan 5 layak menerima sijil graduasi. 6         orang pelajar menerima Anugerah Platinum, 5 orang pelajar menerima           Anugerah Emas, 12 orang pelajar menerima Anugerah Perak manakala      selebihnya penerima Anugerah Gangsa.
  7. Tuan PPD Jasin, Tuan Abu Bakar bin Alim juga telah diisytiharkan         sebagai Tokoh Graduasi SMK Jasin Kali Pertama
  8. Seterusnya adalah upacara penangguhan majlis graduasi oleh Guru        Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Yusof bin Said.
  9. Para tetamu jemputan serta Badan Pentadbir SMK Jasin berarak keluar menuju ke Bilik Gerakan SMK Jasin bagi perasmian penjenamaan         semula Bilik Gerakan SMK Jasin kepada Bilik Gerakan Abu Bakar Alim.
  10. Untuk rekod, Tuan PPD Jasin, Tuan Abu bin Alim pernah berkhidmat    sebagai Pengetua di SMK Jasin selama 2 tahun bermula pada tahun          2006 hingga tahun 2008.
  11. Setelah selesai upacara perasmian Bilik Gerakan Abu Bakar Alim SMK    Jasin, para tetamu jemputan,ibu bapa serta para pelajar yang terlibat     dijemput untuk jamuan makan tengahari.
















































No comments:

Post a Comment